Sunday, June 29, 2008

REZEKI DARI LANGIT


REZEKI DARI LANGIT

e mail me for detail on how to find out wheather your area can be used for this project.khazihjhussain@yahoo.com

REZEKI DARI LANGIT:
AIRLIUR TERMAHAL DI DUNIA .




E MAIL SAYA UNTUK TEST DAN KAJIAN KEMUNGKINAN
SARANG BURUNG AEORODRAMUS/COLLOCALIA FUCIPHAGUS.

Akhir-akhir ini pengusahaan burung layang-layang jenis collocalia Fuciphagus semakin diminati masyarakat sekeliling. Hal ini dapat dilihat melalui banyaknya kewujudan rumah Aerodramus (layang-layang) yang dibangunkan di seluruh pelusuk daerah. Hampir sebahagian besar Negeri- Negeri Tanah Melayu Seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terangaanu, Pahang, Selangor, Melaka dan Johor terdapat bangunan untuk mengusahakan burung berair liur mahal ini. Iklim khatulistiwa Malaysia yang subur ini dengan suhu maksima 32 celcius membuat populasi Aoerodramus berkembang dengan biak. Burung ini di kenali sebagai burung walet di Indonesia.

Ada dua jenis bangunan yang di usahakan sebagai rumah walet: Pertama rumah kedai yang di ubahsuai di tingkat atas untuk perumahan walet. Bentuk ini banyak kedapatan dalam bandar seperti di Alor Star, Sg Petani, Nibong Tebal, Bandar Baharu dan lain lain bandar sepanjang Pantai Barat Semenanjong dan beberapa bandar di Pantai Timur. Namun bantuk ini berhadapan dengan aduan orang ramai kerana bunyi bising dan sebagainya sehingga ada Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan merobohkan binaan tersebut. Manakala di Malaysia Timur, Serawak dan Sabah masih mengutip hasil dari gua semula jadi.

Cara yang selamat ialah membina terus bangunan khas perumahan walet di kawasan luar bandar dan terhindir dari aduan orang ramai. Bentuk ini makin di gemari kerana bangunan ini senang di kawal selia dan di rawat.
Namun, memilih lokasi untuk mendirikan rumah Aerodramus bukanlah sesuatu pekara yang mudah. Ada beberapa pilihan lokasi yang biasa menjadi ciri-ciri untuk mendirikan rumah Aerodramus. Pertama, perlu dilihat dari populasi Arodramus yang berada di sekitar lokasi pusat, lokasi lintasan, dan lokasi sumber makanan
Kedua, perlu dilihat kepada geografi dimana lokasi yang sesuai pada suhu sekitar 27 celcius hingga 31 celcius dengan ketinggian 700 meter dari paras laut. Ketiganya jua perlu dilihat pada kesuburan tanah di lokasi pilihan sebagai kawasan stok makanan kepada Aerodramus yang hidup liar dan bebas, bukan daerah industri atau daerah yang dipilih untuk kawasan industri.

EDIBLE BIRD NEST INDUSTRY


PERUSAHAAN SARANG BURUNG WALET



Anda tentu pernah mendengar di kalangan masyarakat Cina yang gemar memakan sup sarang burung - anda tau sarang burung apakah itu dan bagaimana mendapatkannya ?. Anda juga tahukan sarang ini sangat mahal harganya....satu kilo harganya RM5,000. Sarang burung yang boleh di makan (edible bird nest) adalah sarang yang di buat oleh burung fuciphaga atau terkenal dengan nama burung layang layang "walet". Burung ini adalah sejenis burung liar yang hanya ada di kawasan Tenggara Asia khususnya di kawasan Kepulauan

No comments: