Wednesday, July 2, 2008

PRA SYARAT PERUSAHAAN WALET

Bagi usahawan yang berminat dalam bidang ini, saya nyatakan dibawah beberapa pekara asas yang perlu diketahui dahulu sebelum mencebur diri dalam bidang perusahaan walet.


1. Bukan semua kawasan ujudnya burung walet, dan kalau ujud pun jumlahnya tidak
berpotensi memulakan perusahaan ini.
2. Modal permulaan agak besar, paling tidak untuk projek kecil sekitar RM100,000. jika belum
ada bangunan yang sediada yang boleh digunakan.
3. Perusahaan tidaklah memerlukan pengtahuan yang tinggi, kerana perusahaan ini tidak
memerlukan pemberian makan kepada burung dan perawatan penyakit, kerana sebenarnya
kita bukan menternak burung ini.
4. Pengetahuan yang perlu ada ialah sedikit tentang pengawalan musuh burung dan cara
bagaimana mengekalkan suhu dalam rumah walet. Pengetahuan ini mudah dipelajari dan
konsultan akan memberi perincian mengenainya.
5. Persaolan pemasaran tidak perlu di fikirkan, kerana asalkan ada sarang, dengan telepon saja
kepada mana mana pembeli, mereka akan datang.
6. Jika modal tidak mencukupi untuk memperlengkapkan sistem rumah burung, elok jangan
mulakan kerana banyak kes saya dapati ianya terbengkalai dan rumah tidak dihuni oleh
burung.
7. Risiko perusahaan ini ialah apabila burung tidak mahu mendiami rumah yang dibina itu.
Resiko perusahaan ini tidak terletak kepada pemasaran seperti perusahaan produk lain.
8. Selain dari kos penyelenggaraan bangunan dan kawalan musuh burung, tiada lah kos
penyelenggaran lain.
9. Jika selepas pembinaan di dapati burung tidak masuk menghuni rumah itu, rawatan
pembaikan terhadap rumah itu hendaklah dibuat oleh pakar dalam bidang ini dan ini
memakan belanja.

2 comments:

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd (GEM) www.gemsb.com said...

GLOBAL EXCELLENT MARKETING SDN BHD (GEM), PERUNDING, PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN INDUSTRI SARANG BURUNG LAYANG - LAYANG (WALET / WALIT). www.gem.tl.my

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd (GEM) www.gemsb.com said...

GEM Community ( Swiftlet Farming Forums etc )- http://gem.socialgo.com